ICT literacy
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Definisi literasi ICT

4 posters

Go down

Definisi literasi ICT Empty Definisi literasi ICT

Post  Admin Mon Apr 05, 2010 9:01 am

Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan literasi ICT?


Last edited by Admin on Mon Apr 05, 2010 9:22 am; edited 3 times in total

Admin
Admin

Posts : 3
Join date : 2010-02-19

https://ictliteracy.board-directory.net

Back to top Go down

Definisi literasi ICT Empty Definisi

Post  s3207623 Mon Apr 05, 2010 9:12 am

Pada pendapat saya, literasi ICT bukan sahaja meliputi kemahiran seseorang itu menggunakan komputer, bahkan ia juga meliputi kemahiran menggunakan alat-alat teknologi yang lain seperti kamera digital, video, pengimbas dan sebagainya. Ia juga tidak terhad kepada kemahiran (skil) sahaja. Seseorang yang literasi ICT juga mesti mempunyai pengetahuan berkaitan ICT dan juga sikap (atitud) yang positif terhadap ICT.

s3207623

Posts : 3
Join date : 2010-04-05

Back to top Go down

Definisi literasi ICT Empty definisi leteracy ict

Post  d20071030553 Thu Apr 15, 2010 12:14 pm

salam rakan2..


KERANGKA KURIKULUM ICT

Kerangka Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini disediakan sebagai dokumen yang akan digunakan sebagai bahan rujukan pihak penyedia kurikulum, pihak pelaksana di peringkat jabatan (yang berkenaan) dan sekolah serta pihak penggubal dasar. Ianya juga merupakan kertas konsep bagi membantu pembinaan kurikulum Pendidikan ICT.Kerangka ini disediakan setelah mengkaji secara teliti beberapa kerangka dan dokumen kurikulum yang terdapat di beberapa negara khususnya United Kingdom, Kanada, Amerika dan beberapa negara di kawasan Asia-Pasifik.Kerangka ini merupakan dokumen yang menggariskan dan memfokuskan aspek-aspek berikut:

-rasional dan matlamat pendidikan ICT bagi Negara Brunei Darussalam;
-kurikulum ICT sebagai mata pelajaran dan integrasi ICT merentas kurikulum;
-kaedah penilaian dan pemantauan;ยท dasar ICT di peringkat sekolah;
-pengurusan dan pentadbiran ICT; dan
-pembangunan tenaga manusia (pengajar/pelajar).


RASIONAL

Penyediaan program pengajaran-pembelajaran ICT sejajar dengan peruntukan Kurikulum Pendidikan Bersepadu. Kurikulum ICT ini akan memanfaatkan infrastruktur ICT dan keupayaan tenaga terlatih yang terdapat di sekolah-sekolah. Pendidikan ICT juga dihasratkan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid khususnya dalam aspek literasi dan numerasi bagi peringkat Rendah Bawah. ICT juga diharap akan merangsang pendidikan seumur hidup bagi mewujudkan masyarakat berilmu (‘k-society’) dan berkeupayaan tinggi untuk bersaing di pentas global. Program-program komprehensif pendidikan ICT perlu digubal merentas semua peringkat.


DEFINISI ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.



ICT DALAM PENDIDIKAN

Mempelajari tentang ICT, belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT adalah tiga cara pendidikan ICT. Asas ICT adalah prasyarat penting ke arah belajar dengan bantuan ICT dan belajar dengan menggunakan ICT. ICT adalah salah satu sumber media dalam pendidikan. Justeru itu pilihan ICT mestilah berasaskan sebagai nilai tambahan yang dicetuskan dalam suasana pembelajaran-pengajaran.

Mempelajari tentang ICT: belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT(Learning about ICT: Computer and ICT literacy)Bidang ini khusus tentang pengetahuan komputer, bagai-mana sistem komputer berfungsi, perkakasan dan peranti, perisian dan aplikasinya serta beberapa aspek yang dipelajari secara mendalam. Ia juga meliputi pengukuhan kemahiran dalam pengaturcaraan. Pendidikan komputer menjurus kepada pengkhususan bidang profesi termasuk ‘systems analysts’, ‘programmers’, ‘data analysts’, ‘multi-media developers’, dan seumpamanya. Bidang ini dipelajari di peringkat menengah hingga ke peringkat universiti.

Literasi ICT menumpukan pembinaan pengetahuan, kemahiran dan kompeten secara asas tentang beberapa perkakasan dan peranti serta perisian untuk membolehkan murid/individu melakukan tugasan mudah sesuai dengan keperluan dan tahap kognitifnya. Asas literasi ICT sesuai mula diperkenalkan di peringkat rendah.

Belajar dengan bantuan ICT: ICT sebagai alat (ICT-assisted learning: ICT as a tool)Integrasi ICT membolehkan pelajar/individu memperoleh maklumat dan menjadikannya sesuatu yang bermakna: inilah manifestasi pembelajaran yang kini berubah corak dalam ICT. ICT mampu meningkatkan motivasi, inovasi dan daya kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran. Pelajar terangsang oleh visual, video, audio dan animasi. ICT membuka ruang bilik darjah/kuliah menjadi ruang maya (aspek rangkaian dan Internet) dan membolehkan pembelajaran berlaku tanpa dibatasi ruang dan waktu serta dalam rentak pelajar/individu tersebut. ICT juga membuka peluang bagi semua pelajar/individu yang berlainan keupayaan dan kebolehan untuk mengembang potensi mereka dan merangsang pendidikan sepanjang hayat.

Belajar dengan menggunakan ICT: ICT sebagai sumber pendidikan (Learning by means of ICT: ICT as an educational resource)Terdapat banyak sumber bagi membolehkan pelajar/individu untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan pengetahuan mereka. Ini termasuk perkhidmatan perpustakaan maya, e-pembelajaran, Pembelajaran maya ( ‘virtual library’, ‘e-learning’ , ‘virtual learning’) Rangkaian atau sistem ICT menjadikan maklumat yang tersimpan di luar batas geografi negara mudah diperolehi dan dipergunakan. Para pakar dan ilmuwan dapat mengongsi kepakaran mereka melalui perhubungan rangkaian Internet. Pembelajaran secara interaktif ini menyediakan ilmu cara mudah, dan mengubah (‘transform’) kelompok maklumat kepada ilmu bermakna.

Menggunakan ICT sebagai sumber pendidikan membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran mereka. Bantuan ICT dalam proses pembelajaran akan dapat memberikan impak yang berkesan dalam membantu pemahaman sesuatu konsep dengan mudah terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah daya kognitif dengan bantuan bahan-bahan berbentuk interaktif multimedia.


MATLAMAT PENDIDIKAN ICT

Pendidikan ICT yang dimulakan dari Peringkat Rendah dihasratkan akan mencapai matlamat-matlamat berikut secara berperingkat:

Bagi melahirkan generasi yang bijak dan senantiasa bertawakal dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi khususnya teknologi komputer untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan secara elektronik;
Meningkatkan tahap literasi ICT dan mengurangkan jurang pemisah digital (‘digital divide’) di peringkat dalam masyarakat dan antarabangsa;
Menjadikan masyarakat berilmu melalui pengamalan pendidikan sepanjang hayat yang dirangsang melalui proses pembelajaran ICT; dan
Melahirkan individu-individu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT yang sempurna dan
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan ummah dan bangsa.


OBJEKTIF

Kurikulum Pendidikan ICT menjadikan pencapaian berikut sebagai sasaran:

Memberikan kemahiran asas kepada murid dalam mengendalikan pelbagai perkakasan, peranti dan perisian komputer, selaras dengan tahap perkembangan kognitif dan psikomotor murid- murid;
Mendidik murid-murid untuk mengongsi sama pengetahuan[maklumat] dan pengalaman [kemahiran] mengenai ICT;
Memberikan kemahiran dan keyakinan kepada murid untuk menggunakan peralatan ICT sebagai alat untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam pelbagai mata pelajaran;
Memberi peluang dan kesempatan kepada murid untuk belajar dan meneroka pelbagai bidang melalui peralatan [internet] dan perisian ICT;
Mengasuh sikap dan nilai yang murni dengan peraturan-peraturan ICT yang disediakan dan diserapkan melalui proses pembelajaran merentasi kurikulum.



PENGADUNAN KOMPONEN ICT DALAM PEMBELAJARAN

Pengetahuan, kemahiran dan kefahaman adalah keupayaan [ICT capabalities] yang diperkuatkan (empowered) oleh teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.Ketiga-tiga keupayaan ini diadun ke dalam setiap komponen yang menjadi teras kepada kurikulum ICT peringkat Rendah Bawah.Keupayaan ini di perjelaskan dengan ringkas seperti berikut:

Pengetahuan
Murid memerlukan pengetahuan tertentu tentang teknologi. Contohnya, peranti seperti kekunci dan tetikus digunakan murid untuk berinteraksi dengan komputer dan komputer digunakan untuk memproses data untuk dijadikan maklumat yang membawa makna dan berguna kepada mereka.

Kemahiran
Untuk mengendali maklumat dengan efisien, murid memerlukan kemahiran teknikal menggunakan perkakasan ICT seperti bagaimana menggunakan kekunci dan tetikus untuk menyusun semula maklumat bagi keperluan baru, dan kemahiran maklumat seperti membina ayat-ayat pendek dan mudah. Murid juga memerlukan kemahiran interpersonal seperti bekerjasama dengan rakan dalam tugasan berasaskan ICT.

Kefahaman
Murid perlu memahami konsep yang menguatkan penggunaan ICT secara berkesan, misalnya bila/ bila tidak perlu menggunakan ICT bagi tujuan tertentu. Mereka perlu mengetahui bagaimana mereka dapat memperbaiki penggunaan ICT mereka. Kefahaman ini dapat membantu murid untuk menjadi ‘reflective’ dan pengguna ICT yang bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran tentang kesan ICT dalam kehidupan seharian mereka.


SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran Pendidikan ICT menyediakan empat bidang utama [perisian]. Pemilihan bidang ini mengambil kira aspek-aspek yang perlu dipelajari secara asas di peringkat Rendah Bawah bagi membina keupayaan ICT mereka dan sebagai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang berfungsi bagi integrasi merentasi kurikulum. Bidang-bidang itu ialah:

Asas Komputer (‘Basic Computer’);
Komunikasi (‘Communication’);
Pengendalian Data dan Maklumat (‘Handling Data and Information’); dan
Kawalan dan Reka Cipta (‘Control and Modelling’).

Isi Kandungan Pendidikan ICT

Bidang-bidang ini dihuraikan dengan terperinci dalam sukatan pelajaran Pendidikan ICT yang akan diikuti selama tiga tahun persekolahan [Darjah 1-3]. Kurikulum ICT Rendah Bawah pada keseluruhannya memuatkan tajuk-tajuk yang disusun secara berurutan [spiral]. Tambahan tajuk hanya dikhususkan untuk darjah tiga seperti Internet dan e-mail. Ini mengambilkira kepada tahap kognitif murid serta memanfaatkan infrastruktur tertentu (seperti Internet), dan sebagai pra-pengetahuan ICT bagi peringkat ke Rendah Atas ( ICT merentas kurikulum).

Asas ICT

Dalam bidang ini murid-murid akan mempelajari asas peraturan makmal komputer, komponen dan perkakasan yang bersesuaian mengikut perkembangan teknologi serta kesesuaian bagi perkakasan itu untuk dipelajari. Selain itu murid juga akan mengembang dan mengusai kemahiran pengendalian papan kekunci dan tetikus. Sikap yang positif dan nilai-nilai murni dibentuk secara berterusan melalui suasana pembelajaran secara koperatif (‘cooperative learning’).

Komunikasi

Skop pengajaran dalam bidang ini memfokuskan kepada penggunaan perisian yang bersesuaian sebagai perantaraan untuk berkomunikasi melalui kata, grafik, unsur seni serta Internet dan perangkaian. Perisian tertentu ini akan digunakan untuk melatih murid memperkembangkan kemahiran mengendalikan maklumat perolehan mereka. Komponen ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi mereka secara bertulis, penyampaian idea melalui grafik dan bunyi serta menggunakan teknologi untuk mengongsi maklumat.
Bidang ini mengandungi empat bahagian iaitu:

Pemprosesan kata;
Grafik;
Bunyi; dan
Internet dan Perangkaian (networking).

Pengendalian Data dan Maklumat

Dalam bidang pengendalian data dan maklumat, skop pembelajaran menjurus ke arah kemahiran murid untuk mengendalikan data dan maklumat dalam bentuk teks dan grafik. Murid mengendalikan data yang diperolehi untuk ditafsirkan dan menjadi maklumat yang berguna atau bermakna. Murid juga akan didedahkan dengan kemahiran menyimpan dan menggunakan data dan maklumat bagi diguna semula untuk tujuan sesuatu tugasan.

Kawalan dan Reka cipta

Bidang ini memperkenalkan perisian simulasi yang bersesuaian untuk menangkap imaginasi murid tentang alam nyata yang ditiru dalam komputer. Murid juga akan membina kemahiran asas penjadualan melalui pengendalian robot ‘Roamer’. Dalam kemahiran mereka cipta murid-murid akan menggunakan grafik untuk membina kemahiran asas reka cipta. Murid-murid akan berpeluang untuk meningkatkan kreativiti seni melalui perisian-perisian grafik mudah. Selain itu, ianya juga diintegrasikan dengan mata pelajaran yang bersesuaian seperti matematik, - contohnya dalam membuat bentuk-bentuk dimensi 2D atau 3D untuk mempelajari dan memahami konsep tertentu.

Di samping mempelajari empat bidang ini, murid-murid juga akan menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran ICT mereka bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran dalam mata pelajaran lain – iaitu integrasi merentas kurikulum bermula dari darjah 2 dan 3 ke darjah 6. khususnya untuk meningkatkan keupayaan literasi dan ‘numerasi’. Integrasi merentas kurikulum ini akan dikendalikan dalam darjah dua dan darjah tiga.


sekian terima kasih dari Mohd Noriszuan bin Azis

d20071030553

Posts : 1
Join date : 2010-04-15

Back to top Go down

Definisi literasi ICT Empty ict literacy

Post  D030589 Thu Apr 15, 2010 12:20 pm

Tidak ada yang menyangka perkembangan internet akan memberikan dampak yang sedemikian dasyat seperti saat ini. Internet merupakan wujud kemajuan teknologi informasi (Komputer dan Telekomunikasi) yang paling fenomenal karena mampu membawa kita pada era globalisasi, suatu era dimana sekat-sekat geografis suatu daerah, atau negara menjadi pudar. Tidak hanya geografis, sekat waktu-pun dihilangkan oleh Internet. Dimana dan kapanpun, asal kita terhubung ke internet, maka kita dapat bekerja, berkomunikasi, berinteraksi, menciptakan dan menyebarkan data, informasi, dan pengetahuan dengan teramat sangat cepat, ke berbagai belahan dunia.

Kemajuan teknologi informasi kini telah mengubah cara masyarakat menghabiskan waktu dan cara mengerjakan sesuatu. Spektrum manfaatnya sangat begitu luas. Kini muncul bentuk-bentuk perubahan baru dalam aktifitas kehidupan masyarakat sebagai dampak dari kemajuan TI. Pada sistem perdagangan dan ekonomi kini muncul e-commerce, e-business, e-trading, dan e-shop. Pada sistem pemerintahan muncul e-government, yang kemudian memunculkan bentuk-bentuk baru dalam penyelenggaraan dan pelayanan pemerintahan, seperti: e-administration, e-society, e-health, e-citizen, e-services, e-demokrasi, dan e-tendering atau e-procurement. Pada sistem surat-menyurat muncul e-mail. Bentuk-bentuk perubahan di atas pada dasarnya merubah aktifitas masyarakat dalam dunia nyata ke dalam aktifitas dunia maya (aktifitas dalam dunia internet). Banyak lagi bentuk perubahan lainnya terjadi dalam sendi-sendi kehidupan masyarakat yang dibawa oleh kemajuan TI, tidak terkecuali, dalam dunia pendidikan.

Dunia pendidikan termasuk yang paling diuntungkan dari kemajuan TI karena memperoleh manfaat yang luar biasa. Mulai dari eksplorasi materi-materi pembelajaran berkualitas seperti literatur, jurnal, dan buku, membangun forum-forum diskusi ilmiah, sampai konsultasi/diskusi dengan para pakar di dunia, semua itu dapat dengan mudah dilakukan dan tanpa mengalami sekat-sekat karena setiap individu dapat melakukannya sendiri. Dampak yang sedemikian luas tersebut telah memberikan warna atau wajah baru dalam sistem pendidikan dunia, yang dikenal dengan berbagai istilah e-learning, distance learning, online learning, web based learning, computer-based learning, dan virtual class room, dimana semua terminologi tersebut mengacu pada pengertian yang sama yakni pendidikan berbasis teknologi informasi.

Bagi negara-negara maju, pendidikan berbasis TI bukan hal yang baru lagi. Mereka telah terlebih dulu dan lebih maju dalam menerapkan berbagai teknik dan model pendidikan berbasis TI. Indonesia masih tergolong pemula dalam menerapkan sistem ini. Namun tidak jadi masalah, sebagai pemula tentu kita punya kesempatan berharga untuk belajar banyak atas keberhasilan dan kegagalan mereka sehingga penerapan pendidikan berbasis TI di Indonesia menjadi lebih terarah. Sebagai pemula, Pemerintah Indonesia sudah termasuk cepat dalam menanggapi kebutuhan dunia pendidikan terhadap TI. Sebagai contoh, pada pendidikan tinggi (kampus), ketersediaan internet kini semakin meluas, mulai tersedia teknologi video conference, yang semuanya itu memberikan penguatan pada proses belajar mengajar dikampus. Demikian juga pada pendidikan dasar, menengah dan kejuruan, Pemerintah telah membangun situs pembelajaran e-dukasi.net, penyediaan jardiknas (meski masih belum menyeluruh) adalah wujud nyata langkah pemerintah dalam membangun e-education pada dunia pendidikan di tanah air.

Paparan makalah berikut ini mencoba untuk memberikan berbagai aspek tentang pendidikan berbasis TI, dimulai dari hal yang mendasar yakni pengertian, kemudian dilanjutkan dengan model pendidikan berbasis TI, media TI dalam pembelajaran, Komponen utama sistem pendidikan berbasis TI, laboratorium virtual, strategi penerapan pendidikan berbasis TI, dan paling akhir akan ditutup dengan suatu simpulan.

I. Pengertian Pendidikan Berbasis Teknologi Informasi
Apa sesungguhnya yang disebut dengan Pendidikan Berbasis TI? Jawaban berikut atas pertanyaan ini semoga dapat menyamakan persepsi diantara kita tentang pendidikan berbasis TI.

Pendidikan berbasis TI merupakan suatu sistem pendidikan dimana proses belajar-mengajar berlangsung dengan memanfaatkan teknologi informasi. Dalam sistem ini interaksi antara pengajar (guru) dan peserta (murid) ajar tidak harus saling bertatap muka (bertemu) secara fisik seperti halnya dalam sistem pendidikan konvensional, mereka bertemu dalam ruang teknologi informasi (internet) dengan memanfaatkan suatu media yang disebut komputer. Hal-hal fisik (materi pembelajaran, buku) dalam sistem pembelajaran konvensional, berubah menjadi informasi digital pada sistem pembelajaran berbasis TI. Karena perubahan tersebut, karena mereka tidak harus bertatap muka secara fisik, maka cara mengajar pengajar, dan cara belajar peserta juga harus berubah. Pendidikan berbasis TI akan mengubah perilaku pengajar dan peserta ajar dalam menyelenggarakan proses belajar mengajar. Pengajar dan peserta harus sama-sama menguasai instrumen teknologi informasi yang digunakan didalam pembelajaran agar proses belajar mengajar dapat berlangsung.

Mencermati difinisi di atas, tantangan dalam implementasi pendidikan berbasis TI memang terasa sangat berat. Disamping karena harus mengubah cara proses belajar mengajar pengajar dan peserta, investasi yang besar dalam menyediakan insfrastruktur TI yang memadai agar proses pembelajaran dapat berlangsung, juga menjadi masalah tersendiri. Karena berat tersebut, makanya selalu ada cerita sukses dan kisah gagal dari pengalaman-pengalaman mereka yang sudah terlebih dulu menerapkan pendidikan berbasis TI.

Pendidikan berbasis TI kemudian mengambil bentuk-bentuk yang lebih sederhana untuk mengurangi beratnya implementasi secara murni, seperti menggunakan jaringan intranet (intranet adalah jaringan komputer lokal yang merupakan bentuk miniatur dari internet) dan menggunakan media CD-ROM. Proses pembelajaran pada jaringan lokal intranet memiliki karakteristik hampir sama dengan proses pembelajaran pada jaringan internet, hanya saja dilakukan dalam satu ruangan atau dalam satu gedung atau dalam area yang lebih luas. Pada sistem berbasis CD-ROM, materi pembelajaran dibawa oleh murid dalam bentuk CD-ROM, kemudian dipelajari pada komputer masing-masing.

Satu hal yang harus diingat, bentuk apapun yang diambil dari pendidikan berbasis TI, harus tetap mengacu pada tujuan utama yakni memperbaiki secara signifikan kualitas belajar dan mengajar di kelas dan juga meningkatkan literasi teknologi informasi. Jangan mengembangkan sistem pendidikan berbasis TI sebagai optional atau karena nice to have.

Sebelum melanjutkan pada paparan berikutnya, perkenankan penulis menyampaikan suatu konsep, yang menurut penulis cukup penting untuk disampaikan disini, yakni sekolah berbasis TI.

D030589

Posts : 1
Join date : 2010-04-15

Back to top Go down

Definisi literasi ICT Empty Re: Definisi literasi ICT

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum